Search This Blog

Showing posts with label Z Hasa Agrotech. Show all posts
Showing posts with label Z Hasa Agrotech. Show all posts

Transaksi ke Kolam Tanah

Bertapaknya Z HASA Agrotech pada 2008 dan selama lebih 4 tahun, berlandaskan penggunaan sistem kanvas untuk mula-mula menceburi bidang ternakan akuakultur, akhirnya kami telah mula melangkah ke satu aras baru iaitu mengembangkan sayap ke kolam yang lebih besar iaitu KOLAM TANAH.

Gambar 1: kawasan kolam

Sistem kanvas adalah lebih praktikal bagi ternakan secara kecil-kecilan dan bagus untuk belajar dengan lebih giat berkaitan perikanan. Sistem kanvas yang menjadi satu titik tolak kepada dunia ternakan ikan air tawar ini memberi pengajaran yang amat bermakna sebelum menceburkan diri kearah kolam tanah yang lebih besar dan lebih rumit penjagaannya.

Kolam tanah seluas lebih kurang 1.5 ekar ini boleh memuatkan dalam lingkungan 8 buah kolam bersaiz 80x20kaki dengan kedalaman hampir 5 kaki telah membuka era baru buat kami untuk berkecimpung secara serius dalam dunia ternakan ikan air tawar.

Gambar 2: Kolam tanah yang bakal diisi ternakan

Tanah yang mempunyai ciri-ciri tanah liat adalah sesuai untuk digunakan sebagai kolam ikan. Ini kerana tanah tersebut mampu menampung air dan kadar PH lebih kepada neutral. Walaupun begitu, tetap terdapat juga beberapa kekurangan bagi kolam tanah ini selain dari kelebihan saiznya yang besar serta kadar PH, adalah serangan dari mergastua termasuklah memerang serta hidupan liar lain.

Projek utama kami masih lagi berlandaskan ternakan talapia dimana tempoh untuk menyesuaikan diri kami serta ragam-ragam berkaitan kolam tanah ini mampu di pantau secara keseluruhan kerana hidupan talapia yang lasak serta agak lama kami menternaknya.

Gambar 3: Ternakan talapia masih lagi tetap dihati...

Kami berharap, dengan pengembangan sayap kami kearah kolam tanah ini, mampu untuk mempergiatkan lagi ekonomi pertanian disini.

KEMERIAHAN DI KOLAM IKAN Z HASA AGROTECH

Petang-petang bersantai di tepi kolam, org lain bersantai di tepi pantai....

Lawatan dari Penternak bangsa lain...wa caya sama lu beb

Petang ahad, ramai yg bersantai bersama keluarga utk merehatkan minda. Bagi kami berdua hari minggu ini diisikan dengan kerja-kerja kami yg tak kunjung sudahnya di kolam ternakan ikan keli kami..

Kemeriahan dikolam kami diserikan dengan kehadiran rakan pelawat yg berkunjung disini. Dengan bertukar-tukar pandangan serta gurau senda, maka penat lelah kami seharian terasa nyaman dek hilai tawa rakan2.

Terima kasih kerana sudi berkunjung

LAWATAN DARI RAKAN SETEMPAT

Sedang mancari ikan??

Pada hari minggu tertutamanya, memang ramai peminat ikan akan berkunjung ke sini, sekadar bertukar-tukar pandangan serta berkongsi ilmu didada. Bagi kami, lawatan merupakan suatu tetamu yang wajib dilayan kerana tetamu harus dihormati.

Tapi jangan lah kacau ikan-ikan tu.....sekadar gurauan

Lawatan penternak dari Batu Pahat. Mr. Tee merupakan seorang penternak talapia yang menggunakan kolam tanah sebagai mediumnya.

Salam semua...

Pada peringkat ini, Z Hasa Agrotech membina kolam-kolam perikanan menggunakan sistem kanvas. Sistem yang dihasilkan dan dibina sendiri oleh dua anak muda. Berlandaskan kemahiran kimpalan yang dipelajari ketika zaman persekolahan serta ilmu yang dipelajari ketika bekerja, maka terhasilah kolam kanvas berukuran 18'x8'x3'.

Ketika ini Z Hasa Agrotech beroperasi dengan menggunakan 20 kolam kanvas dengan pelbagai spesis diternak. Dengan majoriti adalah ikan keli sebanyak 15 kolam, talapia juga ditempatkan didalam 4 kolam bagi menghasilkan benih-benih talapia baru. Talapia yang dihasilkan adalah talapia monosex dimana hampir 90% adalah jantan. Penyelidikan masih lagi diteruskan bagi menghasilkan talapia GIFT (ginetically improved featured tilapia). Pihak kami akan memaklumkan tentang maklumat terkini tilapia ini.

SELAMAT DATANG KE Z HASA AGROTECH


Z HASA AGROTECH merupakan syarikat bumiputera yang menjalankan kegiatan perikanan dan akuakultur. Berlandaskan kegigihan serta minat yang mendalam didalam dunia perikanan, dua orang anak muda  memulakan penternakan akuakultur menggunakan sistem kanvas. Bermula dengan penternakan udang galah dan juga tilapia merah, Z Hasa Agrotech telah melangkah lagi dengan mempelbagaikan ternakannya diikuti oleh ikan keli, pacu serta jelawat.

Kepada pengunjung blog ini kami mengucapkan selamat datang ke dunia akuakultur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...