Search This Blog

Transaksi ke Kolam Tanah

Bertapaknya Z HASA Agrotech pada 2008 dan selama lebih 4 tahun, berlandaskan penggunaan sistem kanvas untuk mula-mula menceburi bidang ternakan akuakultur, akhirnya kami telah mula melangkah ke satu aras baru iaitu mengembangkan sayap ke kolam yang lebih besar iaitu KOLAM TANAH.

Gambar 1: kawasan kolam

Sistem kanvas adalah lebih praktikal bagi ternakan secara kecil-kecilan dan bagus untuk belajar dengan lebih giat berkaitan perikanan. Sistem kanvas yang menjadi satu titik tolak kepada dunia ternakan ikan air tawar ini memberi pengajaran yang amat bermakna sebelum menceburkan diri kearah kolam tanah yang lebih besar dan lebih rumit penjagaannya.

Kolam tanah seluas lebih kurang 1.5 ekar ini boleh memuatkan dalam lingkungan 8 buah kolam bersaiz 80x20kaki dengan kedalaman hampir 5 kaki telah membuka era baru buat kami untuk berkecimpung secara serius dalam dunia ternakan ikan air tawar.

Gambar 2: Kolam tanah yang bakal diisi ternakan

Tanah yang mempunyai ciri-ciri tanah liat adalah sesuai untuk digunakan sebagai kolam ikan. Ini kerana tanah tersebut mampu menampung air dan kadar PH lebih kepada neutral. Walaupun begitu, tetap terdapat juga beberapa kekurangan bagi kolam tanah ini selain dari kelebihan saiznya yang besar serta kadar PH, adalah serangan dari mergastua termasuklah memerang serta hidupan liar lain.

Projek utama kami masih lagi berlandaskan ternakan talapia dimana tempoh untuk menyesuaikan diri kami serta ragam-ragam berkaitan kolam tanah ini mampu di pantau secara keseluruhan kerana hidupan talapia yang lasak serta agak lama kami menternaknya.

Gambar 3: Ternakan talapia masih lagi tetap dihati...

Kami berharap, dengan pengembangan sayap kami kearah kolam tanah ini, mampu untuk mempergiatkan lagi ekonomi pertanian disini.

2 comments:

  1. Salam.. boleh bagi alamat x kat mane Z Hasa Agrotech ni beroperasi ? Rase macam nak melawat gak..

    ReplyDelete
  2. Salam Keli Beranang...

    Saya tiada dia kolam pada waktu ini dan kolam dijaga oleh penjaga yang diamanahkan, buat masa sekarang saya outstation agak lama kerana hal-hal perniagaan...

    saya mintak maaf atas kesulitan...

    ReplyDelete

TQ for commenting in my blog...very appreciate your comment..I will publish your comment after some quick moderation to ensure no sensitive issue being posted...TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...