Search This Blog


Salam semua...

Pada peringkat ini, Z Hasa Agrotech membina kolam-kolam perikanan menggunakan sistem kanvas. Sistem yang dihasilkan dan dibina sendiri oleh dua anak muda. Berlandaskan kemahiran kimpalan yang dipelajari ketika zaman persekolahan serta ilmu yang dipelajari ketika bekerja, maka terhasilah kolam kanvas berukuran 18'x8'x3'.

Ketika ini Z Hasa Agrotech beroperasi dengan menggunakan 20 kolam kanvas dengan pelbagai spesis diternak. Dengan majoriti adalah ikan keli sebanyak 15 kolam, talapia juga ditempatkan didalam 4 kolam bagi menghasilkan benih-benih talapia baru. Talapia yang dihasilkan adalah talapia monosex dimana hampir 90% adalah jantan. Penyelidikan masih lagi diteruskan bagi menghasilkan talapia GIFT (ginetically improved featured tilapia). Pihak kami akan memaklumkan tentang maklumat terkini tilapia ini.

No comments:

Post a Comment

TQ for commenting in my blog...very appreciate your comment..I will publish your comment after some quick moderation to ensure no sensitive issue being posted...TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...