Search This Blog

Showing posts with label Hobi Memancing. Show all posts
Showing posts with label Hobi Memancing. Show all posts

Layan Memancing Di Sungai Buah, Bangi

Trip memancing kali ini masih lagi bersama rakan seperjuangan 'sepermancingan tegar' iaitu badaq, dan lokasi memancing kali ini adalah disekitar Sungai Buah di Bangi. Lokasi tersebut tidak jauh dari UKM dan waktu memancing pada kali ini adalah pada waktu malam.

Trip ini sebenarnya telah dilakukan pada awal bulan Julai yang lalu, cuma aku kurang berkesempatan untuk update serba sedikit aksi-aksi memancing didalam blog ini. Terlanjur terdapat waktu yang sesuai untuk menulis, maka hari ini aku update sedikit sebanyak aksi-aksi memancing di Sungai Buah tersebut.

Gambar 1: Peralatan lengkap memancing...pelita karbait Badaq tuh sumber tarikan ikan ...
Gambar 2: Kan aku dah kata...lampu karbait dia nie sumber tarikan ikan...kan dah naik...
Gambar 3: Haruan menjadi mangsa Badaq.....
Itulah sedikit sebanyak aksi-aksi ketika memancing di Sungai Buah, walaupun trip kali ini kurang mendapat 'pulangan', tapi aku tetap berpuas hati dapat memancing. Trip akan datang akan diupdate lagi bila ada masa berkesempatan....

Layan Memancing Di Lombong Part 2

Masih lagi dengan lombong, walaupun itu hari banyak layan ikan lampam, trip kali ni masih lagi lampam menjadi suasana. Niat kat hati nak amik semua gambar lampam yang dipancing, tapi sebab banyak, aku pun terasa agak malas nak memenuhkan memori 'hanset' aku. Kali ni aku amik gambar ikan yang aku lum update lagik dalam blog nie...





Gambar diatas merupakan seekor ketutu yang mahu memakan umpan pancing yang aku gunakan. Walaupun saiz tak la besar mana, tapi kira ok la jugak dari takdo papo...So trip kali nie diserikan dengan ketutu dan masih lagi melayan lampam huhuhuhu

Kompleks Marina, Tanjung Emas di Muara Sungai Muar

Berkesempatan pada hari Sabtu lepas, aku balik Muar untuk memasukkan anak benih ikan baung dan jelawat kedalam kolam aku setelah dituai pada beberapa minggu yang lalu. Pada malam minggu, aku isikan dengan hobi aku yang lalu, memancing di Kompleks Marina di Muara Sungai Muar. Ekspedisi memancing kali ini disertai dengan Badaq, salah seorang pemancing tegar dari Seri Kembangan yang telah aku 'culik' untuk escort aku beli anak benih hehehe....

Gambar 1 : Badaq membaca mentera supaya ikan memakan umpannya....

'Port' memancing kali ini masih lagi di muara sungai, dengan berbekalkan umpan umpun-umpun Badaq telah memecahkan kebuntuan malam, dengan kailnyer telah berjaya menaikkan seekor sembilang...habis kecoh satu bandar Muar dengan teriakkan Badaq.

Gambar 2 : Badaq melompat ketika sembilang tersebut memasuki seliparnyer.....

Badaq telah berjaya mendapatkan lesen pemancingannya dengan sembilang tersebut, selepas dari itu makin menjadi plak siBadaq nie, terus naik lagi dan lagi dan lagi...tgk gaya dia...

Gambar 3 : amboi possing sakan......

Aku lum dapat lesen lagi, Badaq dok perli aku setelah beberapa ekor dinaikkan. Maka setelah beberapa lama barulah umpan aku plak mengena. hehehehe berlagak plak aku ngan Badaq...

Gambar 4: Dapat la jugak gelama sekor...huhuhu

Itulah sedikit sebanyak aksi-aksi memancing minggu nie, untuk aksi akan datang aku akan update lagi disini...

Layan Memancing Di Lombong

 Gambar 1: Peralatan Memancing....cukup semua macam nak tangkap semua ikan kat lombong tu jek


 Gambar : Mangsa pertama dapat dinaikkan...lampam pon lampamlaaa


Gambar 3: Lagi mangsa dapat dinaikkan....fuhhh layannnn

Hari minggu, hujan renyai-renyai sekitar area puchong dah Seri Kembangan. Tapi sebab dah kemaruk nak memancing, sanggup jugalaa gi jelajah lombong area Puchong. Peralatan semua disiapkan, bersama rakan kemaruk memancing Badaq, kitaorang pon menjelajah la ke lombong. 

Badaq boleh dikategorikan pemancing tegar jugak laa, penuh kelengkapan dia bawak, hampir tak muat satu keta kelengkapan dia, aku pon tumpang semangkuk jek ekekekeke....sampai lokasi, layan carik umpan dulu..umpan lak dari jenis udang, sauk je kat tepi lombong..

Dan mulalah aksi memancing, mangsa yang pertama adalah lampam, dan yang kedua adalah talapia... so pada malam tersebut kami layan lampam dan talapia. Ok la juga untuk wat lauk kat dapur..

ok la kot untuk setakat nie, kalu ada lagi jalan2 cari ikan aku update lagi kat sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...