Search This Blog

Showing posts with label Talapia. Show all posts
Showing posts with label Talapia. Show all posts

Meraih Hasil Ternakan...

Z Hasa Agrotech telah mula berkecimpung didalam dunia Perikanan dari sekitar tahun 2007 lagi. Kegiatan perikanan tersebut telah mula dikomersilkan pada bulan Februari 2008 hinggalah ke sekarang. Sejak mula tertubuhnya blog ini, aku tak pernah lagi tunjukkan aktiviti harvest ikan dikolam aku. Walaupun aktiviti ini telah banyak kali aku buat, tapi maklumlah otak dah tua, asyik lupa jek...

Kali nie aku paparkan sedikit sebanyak aksi-aksi ketika harvest dikolam ikan aku. Walaupun hasil tak la sampai bertan-tan, tapi dengan harga borong dan sumber pengurusan yang terkawal, dapat jugalah aku meraih hasil melebihi 70% marginal revenue.


Gambar 1: Aktiviti ini bermula seawal jam 7 pagi, kerana waktu tersebut agak redup dan sejuk sikit, kalu dah tengahari nanti matahari dah pacak kat kepala, panas woo...walaubagaimanapun gambar ini diambil sekitar jam 10 pagi selepas sarapan ala-ala berkelah tepi kolam....


Gambar 2: Gambar ini ketika partner aku & rakan-rakan sekampung menolong untuk menangkap ikan. Walaupun upah tak la sampai ribu riban, tapi bolehla untuk buat beli susu anak dan makan KFC satu keluarga hehehehe. Aku amat berterima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menolong aku pada hari tersebut.


Gambar 3: Selain dari talapia, aku juga ada buat eksperimen untuk bela ikan kap dan juga belida. Tapi ikan ni masih lagi dalam peringkat eksperimen, belum lagi bela dalam peringkat komersil.


Gambar 4: Ini adalah sebahagian dari hasil tangkapan untuk hari tersebut. Ikan-ikan ini akan dihantar ke pasar dalam keadaan hidup, sebab pasaran untuk talapia hidup mampu mencecah sekitar RM12/kg, kalu yang mati cuma dalam RM8.50/kg.


Gambar diatas merupakan sebahagian dari aksi-aksi ketika meraih hasil kolam aku. Kolam ikan merupakan salah satu dari cabang Investment portfolio aku dan ia adalah berdasarkan minat dan hobi satu ketika dulu. Portfolio ini akan aku usahakan sedikit demi sedikit hingga terbinanya satu empayar kelak. AMIN............

Talapia Hitam pun ada harga sekarang......




Jalan-jalan hujung minggu, nak carik keperluan dapur..alih-alih terpandang lak harga Talapia hitam nie...wahh dah naik la plak...leh sampai harga macam Talapia Merah...ini sudah bagus....

Talapia Hitam terkenal dengan lasak dan kadar tumbesaran yang lebih cepat berbanding talapia jenis lain. Yang menjadi penghalang adalah harga dipasaran yang agak merudum, tapi bila tengok harga nie, wahhh ini sudah berita baik...boleh layan Talapia Hitam lak pas ni...ekekekke

Harga Pasaran Talapia Hidup


Dan inilah harga pasaran bagi talapia hidup. Sekitar RM12.90 sekilogram bagi yang masih hidup.

Pelepasan Talapia 2" ke Kolam Grower


Benih talapia yang telah dipilih akan dipindahkan ke kolam tumbesaran ataupun kolam Grower. Dengan tempoh ternakan mencapai 8 bulan, biasanya hasil yang diraih adalah bersaiz 800gram ke sekilo setiap seekor.

Induk Talapia...


Pemilihan induk talapia memang penting bagi menghasilkan anak benih yg berkualiti dan terjamin. Induk talapia ini dipilih berdasarkan ginetik untuk menghasilkan benih talapia merah yang mempunyai ciri-ciri talapia GIFT.

Harga Talapia di Hypermarket.....

Jalan-jalan hari minggu, shopping barang dapur bersama keluarga. Ushar jap harga ikan yang aku bela, wahh leh tahan gak harga market nie. Harga Talapia tuh harga yg mati, kalu idup leh tahan gak harga dia. Pemborong amik kat aku RM3 per kilo .... Adeeeeehhhhhh......

INDUK TALAPIA


Induk talapia merupakan aset terpenting dalam pembiakbakaan ikan. Induk ini mampu mencapai 3kg tetapi pada usia 4 bulan setiap talapia mampu untuk mengawan dan dikategorikan sebagai matang...

Gambar menunjukkan saiz induk talapia seberat 800g hingga 1kg..

MENGANGKUT BENIH TALAPIA


Benih talapia diangkut menggunakan lori dengan tong PE digenangi air supaya plastik berisi anak ikan sentiasa mempunyai suhu yang konsisten terutamanya bagi mengelak 'stress'

PEMILIHAN BENIH TALAPIA


Gambar : Ketika memerhatikan benih talapia bebas tanda-tanda penyakit

Setiap benih talapia yang hendak dibekalkan kepada penternak biasanya kami ada buat grading terlebih dahulu supaya benih tersebut sekata saiz. Benih tersebut akan dikuarantin supaya benih tersebut bebas penyakit dan bersedia untuk perjalanan ke kolam penternak.

TALAPIA 2"


Talapia saiz 2" yang diternak didalam kolam kanvas. Menunggu masa untuk diambil oleh penternak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...