Search This Blog

Showing posts with label Lokasi Memancing. Show all posts
Showing posts with label Lokasi Memancing. Show all posts

Lokasi Memancing di Empangan Sawah Padi di Sawah Ring, Muar

Terlanjur berjalan-jalan area Bukit Gambir, Muar pada hari minggu lalu, aku berkunjung ke 'Port' memancing yang aku selalu pergi pada suatu ketika dulu. Tempat ini adalah empangan yang dibina untuk tujuan pengairan ke sawah padi sekitar Sawah Ring, Muar.

Gambar 1: Empangan Sawah Ring
Empangan ni telah dibina sejak tahun 1980an, dan dari sejak itu ramai juga kaki pancing telah berkunjung kesini. Sejak kebelakangan ini apabila johor dilanda banjir besar maka hasil yang didapati agak berkurangan. Walaupun begitu lokasi ini tetap jarang mengecewakan pemancing yang berkunjung ke lokasi ini, cuma hasil yang didapati berkurang sedikit dari suatu ketika dahulu.

Gambar 2: Pandangan dari Empangan
Empangan ini juga telah dibangunkan sebagai kawasan rekreasi dimana sekitarnya telah ditanam pokok bunga bagi mencerikan keadaan.

Gambar 3: Pandangan dari depan
Lokasi ini juga suatu ketika dahulu menjadi lubuk kepada ikan keli, ikan haruan, ikan betutu dan pelbagai hidupan sungai. Sungai ini dijaga rapi bagi menjamin sumber pengairan ke sawah padi adalah sekata sepanjang tahun. Jika anda berkesempatan, marilah berkunjung ke lokasi ini.

Gambar 4: Gambar diambil dari atas empangan.

Lokasi Memancing di Taman Wetland Putrajaya : Ikan yang terdapat disana

Salam...

Pada minggu yang lalu, aku ada senaraikan lokasi memancing di Taman Wetland Putrajaya, dan kali ini aku akan senaraikan pula ikan-ikan yang pernah ditangkap dan melekat di mata kail si pengail.

Gambar 1: Si Pengail bersama hasil tangkapan mereka
Terdapat juga pelbagai spesis menarik yang terdapat disana menanti sipengail. Walaupun umpan hanya dikhususkan hanya umpan tiruan dan dedak, tapi mereka masih lagi berjaya menaikkan ikan-ikan ini. Senarai ikan yang terdapat di Taman tersebut termasuklah didalam gambar dibawah.

Gambar 2: Senarai ikan yang terdapat di Taman Wetland Putrajaya.

Selamat memancing.....

Lokasi Memancing di Taman Wetland Putrajaya

Salam kepada semua...

Kali ini aku bagi sedikit sebanyak lokasi-lokasi memancing yang agak santai dan agak sesuai untuk memancing seisi keluarga sambil berkelah. Taman Wetland Putrajaya dijaga rapi dimana keadaan persekitaran yang amat bersih dan terjaga serta terdapat pelbagai kemudahan disediakan kepada pengunjung.

Sedikit sebanyak info berkaitan Taman Wetland:-


Taman Wetland menempatkan Pusat Penghayatan Alam, Menara Pandang Jauh, tempat perkelahan, tapak semaian Wetland, tempat letak kereta dan kawasan hijau serta kemudahan  awam yang lain. Terdapat 2 denai alam didalam kawasan taman yang dilengkapi dengan papan tanda di lokasi-lokasi strategik.  

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di Pusat Penghayatan Alam adalah :  

  • i- ruang tamu juga menempatkan kaunter pertanyaan
  • ii- ruang pameran
  • iii- anjung pemerhati
  • iv- bilik pandang dengar
  • v- dokumentari video
  • vi- kedai cenderamata
  • vii- pameran kraftangan wetland
  • viii- kafe wetland
    Gambar 1: Kemudahan taman rekreasi air di Taman Wetland
 Taman Wetland ini juga menyediakan lokasi memancing dengan bayaran RM20 untuk sehari dari jam 8 pagi ke 7 petang setiap hari. Pelbagai spesis ikan air tawar boleh didapati disini termasuklah lampam, baung, toman, sebarau dan macam-macam lagi.

Gambar 2: Aksi pemancing di Taman Wetland

Memancing disini boleh dikategorikan sebagai santai dan menghiburkan kerana persekitaran yang bersih dan terjaga, bagi yang berkeluarga, amat sesuai untuk bersantai memancing disini sambil berkelah bersama keluarga dimana surau, kafe dan tandas disediakan bagi kemudahan pengunjung.

Sekian saja untuk kali ini, kalau ada lokasi menarik lagi aku akan update disini......

    Lokasi Memancing di Muara Sungai Muar (Marina Bay)

    Korek-korek dalam talipon aku, ada gak gambar kat jeti tuh, tapi gelap la sebab memancing time tuh waktu malam. Yang bulat kaler kuning tuh adalah joran aku, sebab malam nampak cuma florescent jek. Aku amik gambar guna henpon, henpon murah lak tuh, sori laaa takdo flash huhhuhu....

    Lokasi Memancing di Sungai Muar

     Gambar 1: Jeti pelabuhan sampan2 bagi kaki pancing

    Gambar 2: Sungai Muar, pelbagai spesis ikan dan udang galah

    Gambar diatas diambil sekitar bulan Disember 2010 ketika lawatan sambil meng'ushar' port memancing disekitar kampung aku. Dulu aku memang rajin turun sungai nie, layan udang galah dan baung. Sejak akhir-akhir nie kegiatan memancing aku agak terhad kerana kesibukan tugasan hakiki yang tidak dapat dielakkan. 

    Baru-baru nie aku telah terima berita yang Marina Port di Tanjung Emas telah dibuka untuk kaki pancing, dengan bayaran RM3 untuk seorang, so aku pun try nasib mencuba lokasi baru. Bagi aku agak memuaskan juga 'port' tersebut. Ini kerana jeti di Marina itu memanjang hingga ke tengah muara sungai Muar. Aku masih lagi kurang ariff bab mancing Laut nie, so masih lagi tercari2 umpan yang sesuai untuk digunapakai ketika memancing untuk lokasi air masin nie. Selalu aku gunakan sotong sebagai umpan, so dapatlah jugak layan ikan duri, gelama dan sesekala semilang serta tak lupa juga sirat-sirat (adooooiiiii)...

    Dan baru-baru nie juga aku turun ke hulu sungai Muar (sepertimana dalam gambar), mencuba nasib untuk layan udang galah. Tapi nasib kurang menyebelahi aku, umpan aku tak laku....sekor udang pon tak menyangkut mata kail huhuhu....jeles jek tgk member aku dok bawak naik udang, lepas sekor, sekor .....adooooiiii lagi.....
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...