Z HASA AGROTECH merupakan syarikat bumiputera yang menjalankan kegiatan perikanan dan akuakultur. Berlandaskan kegigihan serta minat yang mendalam didalam dunia perikanan akuakultur menggunakan sistem kanvas. Bermula dengan penternakan udang galah dan juga tilapia merah, Z Hasa Agrotech telah melangkah lagi dengan mempelbagaikan ternakannya diikuti oleh ikan keli, pacu serta jelawat. Kepada pengunjung blog ini kami mengucapkan selamat datang ke dunia akuakultur
Search This Blog
Showing posts with label Info Rakan Ternak. Show all posts
Showing posts with label Info Rakan Ternak. Show all posts
Hasil ketika Aidilfitri 2011
Ketika ramai rakan-rakan serta umat Islam di Malaysia merayakan Aildilfitri, aku pula mengambil kesempatan untuk meraih hasil ternakan. Ini kerana telah menjadi 'tabiat' di kalangan masyarakat Malaysia untuk kembali ke kampung dan merayakan Hari Raya bersama sanak saudara dikampung. Hasilnya adalah satu fenomena 'Ramai Orang dikampung'.
Apabila masyarakat tertumpu dikampung, maka kedai dan pasar menjadi tumpuan berkali ganda dari biasa. Jualan kedai makan ataupun warung tepi jalan dipenuhi pelanggan dengan keadaan terlalu luar biasa. Dikesempatan inilah aku mengeluarkan hasil yg aku usahakan bagi mendapatkan pulangan yang boleh juga dikatakan lumayan.
Ternakan ikan yang mengambil masa berbulan-bulan untuk mendapat hasilnya perlu dirancang dengan betul supaya tarikh pengeluaran dapat menjamin pulangan yang maksima. Kesalahan dalam perancangan akan mengakibatkan lambakan bahan mentah dipasaran dan harga merundum.
p/s: salam aidilfitri kepada rakan ternak yang lain............
Labels:
Info Rakan Ternak
Harga pasaran Ikan Talapia sekitar bulan Ogos 2011
Seperti sediakala....awal bulan adalah aktiviti paling diminati oleh kaum hawa, termasuk juga 'Orang Rumah' aku yang hobinya ber'shopping' walaupun hanya beli keperluan dapur. Jalan-jalan membeli barangan dapur, sama sekali dengan 'skodeng' harga pasaran ikan air tawar sekitar Lembah Kelang. Harga ikan amat baik ketika ikan tersebut dijual secara hidup, tetapi bila dijual telah mati maka harga merundum hampir melebihi 50% dari harga didalam gambar tersebut.
Harga Talapia hidup telah mencecah RM15.90 sekilo, kenaikan lebih kurang RM3 pada bulan April yang lalu. Talapia telah mendapat tempat dan permintaan yang agak bagus juga sekarang ni.
Labels:
Info Rakan Ternak
Salam Ramadhan
Disini kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua rakan ternak tak kira dimana jua anda berada. Moga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada semua....Amin
Labels:
Info Rakan Ternak
Harga pasaran Ikan Air Tawar sekitar bulan April 2011
Jalan-jalan membeli barangan dapur, sama sekali dengan 'skodeng' harga pasaran ikan air tawar sekitar Lembah Kelang. Harga ikan amat baik ketika ikan tersebut dijual secara hidup, tetapi bila dijual telah mati maka harga merundum hampir melebihi 50% dari harga didalam gambar tersebut.
Oleh itu, kepada rakan-rakan penternak diharap dapat mengambil inisiatif untuk mengangkut hasil tangkapan atau ternakan dalam keadaan hidup bagi memastikan hasil pulangan yang maksimum.
Labels:
Info Rakan Ternak
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Z Hasa Agrotech Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kepada semua warga ternak walau dimana saja anda berada.....
Labels:
Info Rakan Ternak
KUNJUNGAN DARI GERBANG BISTARI ENT

lawatan dari saudara Nizam , owner kepada Gerbang Bistari Ent yang berpusat di Kulai, Johor ke kolam ternakan Z Hasa Agrotech pada 26.6.2008...
Sambil bertukar-tukar pandangan, dapatlah juga kita membina empayar perniagaan ikan ternakan dari satu tempat ke tempat yang lain
Labels:
Info Rakan Ternak
KEMERIAHAN DI KOLAM IKAN Z HASA AGROTECH
Lawatan dari Penternak bangsa lain...wa caya sama lu bebPetang ahad, ramai yg bersantai bersama keluarga utk merehatkan minda. Bagi kami berdua hari minggu ini diisikan dengan kerja-kerja kami yg tak kunjung sudahnya di kolam ternakan ikan keli kami..
Kemeriahan dikolam kami diserikan dengan kehadiran rakan pelawat yg berkunjung disini. Dengan bertukar-tukar pandangan serta gurau senda, maka penat lelah kami seharian terasa nyaman dek hilai tawa rakan2.
Terima kasih kerana sudi berkunjung
Labels:
Info Rakan Ternak,
Z Hasa Agrotech
Lawatan ke kolam Sifu Bicara Jutawan saudara Adzmi
ketika aku menghampiri kolamnya, tanpa bau yg menyenangkan serta disambut oleh deruan keli berteraburan didalam kolam..Disambut oleh senyuman ramah..cukup ramahTertarik hati ingin mencari kebenaran di antara realiti dan fantasi.
Sistem kanvas yg mula diperkenalkan di tahun 2004 mula dipertikaikan keberkesanannya hinggalah sekarang. Persoalan demi persoalan bermain di bibir setiap penternak hinggakan menjadi perdebatan hangat dikalangan usahawan. Terdapat juga segilintir usahawan menjadikan sistem tersebut lubuk emas mencari rezeki atas kekhilafan sesama bangsa. Menjual sistem yg mereka tidak pasti hujung pangkal keberkesanannya dan meraih untung atas kelemahan rakan-rakan seperjuangan..
Disini aku postkan gambar penternak ikan keli yg berjaya, mempunyai seratus lebih kolam kanvas dan 100% pellet... adakah dia mampu membuktikan sistem kanvas itu realiti atau dongeng purbakala... anda nilailah sendiri..
[IMG]http://i722.photobucket.com/albums/ww225/Z_Hasa/Image0171-1.jpg[/IMG]
[IMG]http://i722.photobucket.com/albums/ww225/Z_Hasa/Image0172-1.jpg[/IMG]
Labels:
Info Rakan Ternak
Ikan Tn Hj....

aik yg sekor tu asyik tengok aku jaaa.....

Haa nie ikan besar, baru tau nak possing model

Ikan kecik2...amik gambar leh menyorok plak
Labels:
Info Rakan Ternak
BAJA ORGANIK? REALITI ATAU FANTASI
BAJA ORGANIK? REALITI ATAU FANTASI?
Gambar diatas diambil dari salah sebuah kolam yang menggunakan sistem makanan organik yang telah diwar-warkan sejak kemunculannya di Majalah 3. Ikan keli ini telah dimasukkan pada saiz 2.5" dan ketika gambar ini diambil ia telah berusia sebulan dari tarikh dimasukkan. Ikan ini masih lagi kekal 2.5" tetapi kepalanya mempunyai saiz lebih besar dari badan, dan ternyata ia kekurangan makanan dan amat lemah.

Gambar diatas diambil dari salah sebuah kolam yang menggunakan sistem makanan organik yang telah diwar-warkan sejak kemunculannya di Majalah 3. Ikan keli ini telah dimasukkan pada saiz 2.5" dan ketika gambar ini diambil ia telah berusia sebulan dari tarikh dimasukkan. Ikan ini masih lagi kekal 2.5" tetapi kepalanya mempunyai saiz lebih besar dari badan, dan ternyata ia kekurangan makanan dan amat lemah.
Labels:
Info Rakan Ternak
Subscribe to:
Posts (Atom)















