![]() |
Gambar 1: Gambar induk keli aku didalam kolam ketika air disurutkan, lihat selipar diatas, saiznya lebih 4 kali ganda panjang dari selipar tersebut. Selipar tu saiz 7 |
Induk yang aku simpan nie hampir 10 ekor kesemuanya, dengan hanya 2 ekor induk betina dan lainnya adalah jantan. Dengan usia induk tersebut, induk betina mampu menghasil lebih dari 2 mangkuk telur dengan anggaran melebihi 200,000 telur kesemuanya. Ini kerana satu induk betina keli yang mempunyai berat 2-3kg mampu menghasilkan telur 100,000 dan hampir 80% boleh ditetaskan bergantung kepada cara tetasan dan kualiti air.
Aku banyak menyimpan jantan kerana teknik pembenihan keli yang aku pelajari memerlukan induk jantan dikorbankan bagi mengambil cecair sperm yang terdapat didalamnya. Walaupun ada juga teknik pembenihan yang tidak memerlukan induk jantan dikorbankan, tetapi ia memerlukan pemantauan yang lebih rapi berbanding teknik mengorbankan induk jantan.
Induk yang aku bela hampir 3 tahun ini juga amat jinak, ini kerana kesemuanya telah dilatih untuk tidak takut kepada manusia dan kami selalu juga bermain-main ketika memberi makanan kepada induk tersebut. Lihat saja gambar dibawah, sungut keli tersebut boleh dibuat main.
![]() |
Gambar 2: Bermain sungut keli |
![]() |
Gambar 3: Bermain dengan sungut keli jantan, nasib baik induk tu tak libas ekornya. |
No comments:
Post a Comment
TQ for commenting in my blog...very appreciate your comment..I will publish your comment after some quick moderation to ensure no sensitive issue being posted...TQ