Kisah ternakan baung ini telah aku buat pada sekitar bulan April yang lalu, ramai yang sedia maklum bahawa ternakan baung ini memerlukan jangkamasa ternakan 8 bulan bergantung kepada saiz benih baung yang dilepaskan kedalam kolam. Sekitar bulan April lalu, aku telah memasukkan benih baung pada saiz 1 1/2 inci kedalam kolam kanvas dan pada pertengahan Oktober lalu, hasilnya boleh dilihat pada gambar dibawah
 |
Gambar 1 : Sample baung yang berjaya ditangkap didalam kolam |
 |
Gambar 2: Sample baung dalam ternakan |
Baung yang diambil sample ini bersaiz purata melebihi sejengkal ataupun lebih kurang 10~ 13 ekor untuk sekilogram. Baung ini diberi makan pellet 100% dengan kadar protein >40%. Selama pemantauan dibuat, apa yang paling penting adalah saiz benih baung untuk dimasukkan kedalam kolam ternakan. Apabila saiz benih baung terlalu kecil iaitu dibawah 2 inci, maka sifat karnibal baung tersebut terlalu tinggi dan akhirnya mereka akan memakan sesama mereka.
Hasil dari pemantauan tersebut, 2 kolam aku khususkan untuk ternakan baung dengan memasukkan benih baung pada saiz 2 inci dan pada bulan Oktober ini aku merancang untuk masukkan lagi benih baung pada saiz 2 1/2 inci. Pemantauan pada kolam bersaiz 2 inci mendapati bilangan baung yang ada masih lagi banyak tetapi bilangan sebenar belum dapat dikenal pasti lagi. Apabila sampai masanya, aku akan update lagi perkembangan saiz 2 inci tersebut.
Pada masa sekarang, saiz 1 1/2 inci tersebut merekodkan perkembangan dengan 40% bilangan baung yang tinggal, yang mana 60% lagi mati disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk air dan pelbagai lagi.
Nak tanya.. kalau bela baung dalam kuantiti 10-20 ekor utk suka2 makan sendiri pun akan dtg masalah kanibal tu jugak ker??
ReplyDeletehttp://timetravelafif.blogspot.com/2014/11/jordan-part-3-amman-citadel-and-roman.html
utk mengelakkan kanibalisme, kena sediakan ruang yg cukup besar....contoh jika 20 ekor ternakan gunakan saiz 3mx3m atau lebih
Delete