Search This Blog

Kompleks Marina, Tanjung Emas di Muara Sungai Muar

Berkesempatan pada hari Sabtu lepas, aku balik Muar untuk memasukkan anak benih ikan baung dan jelawat kedalam kolam aku setelah dituai pada beberapa minggu yang lalu. Pada malam minggu, aku isikan dengan hobi aku yang lalu, memancing di Kompleks Marina di Muara Sungai Muar. Ekspedisi memancing kali ini disertai dengan Badaq, salah seorang pemancing tegar dari Seri Kembangan yang telah aku 'culik' untuk escort aku beli anak benih hehehe....

Gambar 1 : Badaq membaca mentera supaya ikan memakan umpannya....

'Port' memancing kali ini masih lagi di muara sungai, dengan berbekalkan umpan umpun-umpun Badaq telah memecahkan kebuntuan malam, dengan kailnyer telah berjaya menaikkan seekor sembilang...habis kecoh satu bandar Muar dengan teriakkan Badaq.

Gambar 2 : Badaq melompat ketika sembilang tersebut memasuki seliparnyer.....

Badaq telah berjaya mendapatkan lesen pemancingannya dengan sembilang tersebut, selepas dari itu makin menjadi plak siBadaq nie, terus naik lagi dan lagi dan lagi...tgk gaya dia...

Gambar 3 : amboi possing sakan......

Aku lum dapat lesen lagi, Badaq dok perli aku setelah beberapa ekor dinaikkan. Maka setelah beberapa lama barulah umpan aku plak mengena. hehehehe berlagak plak aku ngan Badaq...

Gambar 4: Dapat la jugak gelama sekor...huhuhu

Itulah sedikit sebanyak aksi-aksi memancing minggu nie, untuk aksi akan datang aku akan update lagi disini...

5 comments:

  1. Hahahah....gambor rod patah ko tak tangkap lak..

    ReplyDelete
  2. gilo laa rod dari stainless steel leh patah towww..........ekekekekeke

    ReplyDelete
  3. wehhh Badaq aku dah jumpa cara nak buat pembenihan baung...senang jek rupenyer....yg susah cuma nak carik induk jek sekarang nie....

    wehh carik induk, pastuh takat nak injek takdo masalah punyerlahhh............

    ReplyDelete
  4. Kene layan Minlon ler jawabnyer...umpan cacing....

    Untuk enjin bot tu ko tengok blog nie....
    http://easyacdc.com/?p=1524

    ReplyDelete
  5. aku dah ushar enjin bot tuh...rege dalam rm665

    nak kena kumpul duit dulu la gamaknyer...adoooiiii

    ReplyDelete

TQ for commenting in my blog...very appreciate your comment..I will publish your comment after some quick moderation to ensure no sensitive issue being posted...TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...