Search This Blog

Meraih Hasil Ternakan...

Z Hasa Agrotech telah mula berkecimpung didalam dunia Perikanan dari sekitar tahun 2007 lagi. Kegiatan perikanan tersebut telah mula dikomersilkan pada bulan Februari 2008 hinggalah ke sekarang. Sejak mula tertubuhnya blog ini, aku tak pernah lagi tunjukkan aktiviti harvest ikan dikolam aku. Walaupun aktiviti ini telah banyak kali aku buat, tapi maklumlah otak dah tua, asyik lupa jek...

Kali nie aku paparkan sedikit sebanyak aksi-aksi ketika harvest dikolam ikan aku. Walaupun hasil tak la sampai bertan-tan, tapi dengan harga borong dan sumber pengurusan yang terkawal, dapat jugalah aku meraih hasil melebihi 70% marginal revenue.


Gambar 1: Aktiviti ini bermula seawal jam 7 pagi, kerana waktu tersebut agak redup dan sejuk sikit, kalu dah tengahari nanti matahari dah pacak kat kepala, panas woo...walaubagaimanapun gambar ini diambil sekitar jam 10 pagi selepas sarapan ala-ala berkelah tepi kolam....


Gambar 2: Gambar ini ketika partner aku & rakan-rakan sekampung menolong untuk menangkap ikan. Walaupun upah tak la sampai ribu riban, tapi bolehla untuk buat beli susu anak dan makan KFC satu keluarga hehehehe. Aku amat berterima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menolong aku pada hari tersebut.


Gambar 3: Selain dari talapia, aku juga ada buat eksperimen untuk bela ikan kap dan juga belida. Tapi ikan ni masih lagi dalam peringkat eksperimen, belum lagi bela dalam peringkat komersil.


Gambar 4: Ini adalah sebahagian dari hasil tangkapan untuk hari tersebut. Ikan-ikan ini akan dihantar ke pasar dalam keadaan hidup, sebab pasaran untuk talapia hidup mampu mencecah sekitar RM12/kg, kalu yang mati cuma dalam RM8.50/kg.


Gambar diatas merupakan sebahagian dari aksi-aksi ketika meraih hasil kolam aku. Kolam ikan merupakan salah satu dari cabang Investment portfolio aku dan ia adalah berdasarkan minat dan hobi satu ketika dulu. Portfolio ini akan aku usahakan sedikit demi sedikit hingga terbinanya satu empayar kelak. AMIN............

2 comments:

  1. good luck and hoping to be better than you one day..huhu:-p

    ReplyDelete
  2. hehehehe...rileks....

    aku doakan kita sama2 berjaya....Amin...

    ReplyDelete

TQ for commenting in my blog...very appreciate your comment..I will publish your comment after some quick moderation to ensure no sensitive issue being posted...TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...