Search This Blog

Lokasi Memancing di Empangan Sawah Padi di Sawah Ring, Muar

Terlanjur berjalan-jalan area Bukit Gambir, Muar pada hari minggu lalu, aku berkunjung ke 'Port' memancing yang aku selalu pergi pada suatu ketika dulu. Tempat ini adalah empangan yang dibina untuk tujuan pengairan ke sawah padi sekitar Sawah Ring, Muar.

Gambar 1: Empangan Sawah Ring
Empangan ni telah dibina sejak tahun 1980an, dan dari sejak itu ramai juga kaki pancing telah berkunjung kesini. Sejak kebelakangan ini apabila johor dilanda banjir besar maka hasil yang didapati agak berkurangan. Walaupun begitu lokasi ini tetap jarang mengecewakan pemancing yang berkunjung ke lokasi ini, cuma hasil yang didapati berkurang sedikit dari suatu ketika dahulu.

Gambar 2: Pandangan dari Empangan
Empangan ini juga telah dibangunkan sebagai kawasan rekreasi dimana sekitarnya telah ditanam pokok bunga bagi mencerikan keadaan.

Gambar 3: Pandangan dari depan
Lokasi ini juga suatu ketika dahulu menjadi lubuk kepada ikan keli, ikan haruan, ikan betutu dan pelbagai hidupan sungai. Sungai ini dijaga rapi bagi menjamin sumber pengairan ke sawah padi adalah sekata sepanjang tahun. Jika anda berkesempatan, marilah berkunjung ke lokasi ini.

Gambar 4: Gambar diambil dari atas empangan.

1 comment:

  1. kalau dari bukit gambir nak lalu mane untk pergi ke sini?
    maaf kalau menyusahkan

    ReplyDelete

TQ for commenting in my blog...very appreciate your comment..I will publish your comment after some quick moderation to ensure no sensitive issue being posted...TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...