Search This Blog

Transaksi ke Kolam Tanah

Bertapaknya Z HASA Agrotech pada 2008 dan selama lebih 4 tahun, berlandaskan penggunaan sistem kanvas untuk mula-mula menceburi bidang ternakan akuakultur, akhirnya kami telah mula melangkah ke satu aras baru iaitu mengembangkan sayap ke kolam yang lebih besar iaitu KOLAM TANAH.

Gambar 1: kawasan kolam

Sistem kanvas adalah lebih praktikal bagi ternakan secara kecil-kecilan dan bagus untuk belajar dengan lebih giat berkaitan perikanan. Sistem kanvas yang menjadi satu titik tolak kepada dunia ternakan ikan air tawar ini memberi pengajaran yang amat bermakna sebelum menceburkan diri kearah kolam tanah yang lebih besar dan lebih rumit penjagaannya.

Kolam tanah seluas lebih kurang 1.5 ekar ini boleh memuatkan dalam lingkungan 8 buah kolam bersaiz 80x20kaki dengan kedalaman hampir 5 kaki telah membuka era baru buat kami untuk berkecimpung secara serius dalam dunia ternakan ikan air tawar.

Gambar 2: Kolam tanah yang bakal diisi ternakan

Tanah yang mempunyai ciri-ciri tanah liat adalah sesuai untuk digunakan sebagai kolam ikan. Ini kerana tanah tersebut mampu menampung air dan kadar PH lebih kepada neutral. Walaupun begitu, tetap terdapat juga beberapa kekurangan bagi kolam tanah ini selain dari kelebihan saiznya yang besar serta kadar PH, adalah serangan dari mergastua termasuklah memerang serta hidupan liar lain.

Projek utama kami masih lagi berlandaskan ternakan talapia dimana tempoh untuk menyesuaikan diri kami serta ragam-ragam berkaitan kolam tanah ini mampu di pantau secara keseluruhan kerana hidupan talapia yang lasak serta agak lama kami menternaknya.

Gambar 3: Ternakan talapia masih lagi tetap dihati...

Kami berharap, dengan pengembangan sayap kami kearah kolam tanah ini, mampu untuk mempergiatkan lagi ekonomi pertanian disini.

Baung - Update info pada usia 6 bulan

Kisah ternakan baung ini telah aku buat pada sekitar bulan April yang lalu, ramai yang sedia maklum bahawa ternakan baung ini memerlukan jangkamasa ternakan 8 bulan bergantung kepada saiz benih baung yang dilepaskan kedalam kolam. Sekitar bulan April lalu, aku telah memasukkan benih baung pada saiz 1 1/2 inci kedalam kolam kanvas dan pada pertengahan Oktober lalu, hasilnya boleh dilihat pada gambar dibawah

Gambar 1 : Sample baung yang berjaya ditangkap didalam kolam
Gambar 2: Sample baung dalam ternakan
Baung yang diambil sample ini bersaiz purata melebihi sejengkal ataupun lebih kurang 10~ 13 ekor untuk sekilogram. Baung ini diberi makan pellet 100% dengan kadar protein >40%. Selama pemantauan dibuat, apa yang paling penting adalah saiz benih baung untuk dimasukkan kedalam kolam ternakan. Apabila saiz benih baung terlalu kecil iaitu dibawah 2 inci, maka sifat karnibal baung tersebut terlalu tinggi dan akhirnya mereka akan memakan sesama mereka.

Hasil dari pemantauan tersebut, 2 kolam aku khususkan untuk ternakan baung dengan memasukkan benih baung pada saiz 2 inci dan pada bulan Oktober ini aku merancang untuk masukkan lagi benih baung pada saiz 2 1/2 inci. Pemantauan pada kolam bersaiz 2 inci mendapati bilangan baung yang ada masih lagi banyak tetapi bilangan sebenar belum dapat dikenal pasti lagi. Apabila sampai masanya, aku akan update lagi perkembangan saiz 2 inci tersebut.

Pada masa sekarang, saiz 1 1/2 inci tersebut merekodkan perkembangan dengan 40% bilangan baung yang tinggal, yang mana 60% lagi mati disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk air dan pelbagai lagi.

Farewell my beloved Catfish....

Pada hujung minggu yang lalu, seorang pembeli telah mendatangi kolam aku dengan hajat untuk membeli induk keli. Aku agak keberatan juga nak jual induk keli tersebut memandangkan induk tu telah aku bela dari tahun 2008 hingga sekarang. Dari bermula saiz yang aku beli sekitar 2 inci hinggalah seekor bersaiz 5 kilo keatas. Bermula dengan tawar menawar, akhirnya aku pun mengalah, induk keli aku bertukar tuan.

Gambar 1: Gambar induk keli aku didalam kolam ketika air disurutkan, lihat selipar diatas, saiznya lebih 4 kali ganda panjang dari selipar tersebut. Selipar tu saiz 7

Induk yang aku simpan nie hampir 10 ekor kesemuanya, dengan hanya 2 ekor induk betina dan lainnya adalah jantan. Dengan usia induk tersebut, induk betina mampu menghasil lebih dari 2 mangkuk telur dengan anggaran melebihi 200,000 telur kesemuanya. Ini kerana satu induk betina keli yang mempunyai berat 2-3kg mampu menghasilkan telur 100,000 dan hampir 80% boleh ditetaskan bergantung kepada cara tetasan dan kualiti air.

Aku banyak menyimpan jantan kerana teknik pembenihan keli yang aku pelajari memerlukan induk jantan dikorbankan bagi mengambil cecair sperm yang terdapat didalamnya. Walaupun ada juga teknik pembenihan yang tidak memerlukan induk jantan dikorbankan, tetapi ia memerlukan pemantauan yang lebih rapi berbanding teknik mengorbankan induk jantan.

Induk yang aku bela hampir 3 tahun ini juga amat jinak, ini kerana kesemuanya telah dilatih untuk tidak takut kepada manusia dan kami selalu juga bermain-main ketika memberi makanan kepada induk tersebut. Lihat saja gambar dibawah, sungut keli tersebut boleh dibuat main.

Gambar 2: Bermain sungut keli
Gambar 3: Bermain dengan sungut keli jantan, nasib baik induk tu tak libas ekornya.
Dengan terjualnya kesemua induk keli tersebut, maka berakhirlah era keli dalam ternakan kolam aku. Pada masa akan datang, aku akan lebih menumpukan pada ternakan talapia, baung serta red claw sahaja. Bye Bye keli......

Hasil ketika Aidilfitri 2011





Ketika ramai rakan-rakan serta umat Islam di Malaysia merayakan Aildilfitri, aku pula mengambil kesempatan untuk meraih hasil ternakan. Ini kerana telah menjadi 'tabiat' di kalangan masyarakat Malaysia untuk kembali ke kampung dan merayakan Hari Raya bersama sanak saudara dikampung. Hasilnya adalah satu fenomena 'Ramai Orang dikampung'.

Apabila masyarakat tertumpu dikampung, maka kedai dan pasar menjadi tumpuan berkali ganda dari biasa. Jualan kedai makan ataupun warung tepi jalan dipenuhi pelanggan dengan keadaan terlalu luar biasa. Dikesempatan inilah aku mengeluarkan hasil yg aku usahakan bagi mendapatkan pulangan yang boleh juga dikatakan lumayan.

Ternakan ikan yang mengambil masa berbulan-bulan untuk mendapat hasilnya perlu dirancang dengan betul supaya tarikh pengeluaran dapat menjamin pulangan yang maksima. Kesalahan dalam perancangan akan mengakibatkan lambakan bahan mentah dipasaran dan harga merundum.


p/s: salam aidilfitri kepada rakan ternak yang lain............

Harga pasaran Ikan Talapia sekitar bulan Ogos 2011


Seperti sediakala....awal bulan adalah aktiviti paling diminati oleh kaum hawa, termasuk juga 'Orang Rumah' aku yang hobinya ber'shopping' walaupun hanya beli keperluan dapur. Jalan-jalan membeli barangan dapur, sama sekali dengan 'skodeng' harga pasaran ikan air tawar sekitar Lembah Kelang. Harga ikan amat baik ketika ikan tersebut dijual secara hidup, tetapi bila dijual  telah mati maka harga merundum hampir melebihi 50% dari harga didalam gambar tersebut.

Harga Talapia hidup telah mencecah RM15.90 sekilo, kenaikan lebih kurang RM3 pada bulan April yang lalu. Talapia telah mendapat tempat dan permintaan yang agak bagus juga sekarang ni.

Salam Ramadhan


Disini kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua rakan ternak tak kira dimana jua anda berada. Moga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada semua....Amin

Layan Memancing Di Sungai Buah, Bangi

Trip memancing kali ini masih lagi bersama rakan seperjuangan 'sepermancingan tegar' iaitu badaq, dan lokasi memancing kali ini adalah disekitar Sungai Buah di Bangi. Lokasi tersebut tidak jauh dari UKM dan waktu memancing pada kali ini adalah pada waktu malam.

Trip ini sebenarnya telah dilakukan pada awal bulan Julai yang lalu, cuma aku kurang berkesempatan untuk update serba sedikit aksi-aksi memancing didalam blog ini. Terlanjur terdapat waktu yang sesuai untuk menulis, maka hari ini aku update sedikit sebanyak aksi-aksi memancing di Sungai Buah tersebut.

Gambar 1: Peralatan lengkap memancing...pelita karbait Badaq tuh sumber tarikan ikan ...
Gambar 2: Kan aku dah kata...lampu karbait dia nie sumber tarikan ikan...kan dah naik...
Gambar 3: Haruan menjadi mangsa Badaq.....
Itulah sedikit sebanyak aksi-aksi ketika memancing di Sungai Buah, walaupun trip kali ini kurang mendapat 'pulangan', tapi aku tetap berpuas hati dapat memancing. Trip akan datang akan diupdate lagi bila ada masa berkesempatan....

Baung - Update info terkini

Pada waktu ini, ikan baung yang aku bela telah mencapai saiz 5-6inci dari saiz asal iaitu 1.5inci ketika dimasukkan. Pemakanan yang diberi masih lagi pellet 40% protein serta ikan gapi dan udang gantung. Ternakan tersebut masih lagi dalam pantauan dalam masa 3-4 bulan akan datang. Sebarang info akan aku unpdate lagi disini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...